Isu kuarantin: Pejabat Perdana Menteri nafi dakwaan Puad Zarkashi

Perdana Menteri diberikan perintah HSO dan dipaikaikan gelang pengawasan setibanya dari Jakarta.
Perdana Menteri diberikan perintah HSO dan dipaikaikan gelang pengawasan setibanya dari Jakarta.
A
A
A

SHAH ALAM – Pejabat Perdana Menteri menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dibuat Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi kononnya perintah kuarantin tiga hari untuk menteri yang melakukan lawatan ke luar negara diwartakan oleh kerajaan kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan dikuarantin sekembalinya dari lawatan rasmi ke Indonesia.

Pejabat Perdana Menteri menerusi satu kenyataan berkata, fitnah yang dilemparkan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu adalah berniat jahat untuk mencemarkan nama baik Perdana Menteri.

“Tindakan undang-undang akan diambil ke atas beliau sekiranya gagal memohon maaf secara terbuka,” tegas kenyataan itu pada Selasa.

Muhyiddin pada Khamis lalu mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: 'PKP sudah jadi antara dua darjat'

Mohd Puad kemudian menerusi hantaran di Facebook mendakwa, rombongan Perdana Menteri tidak mahu dikuarantin selama 10 hari.

Bagaimanapun, pejabat Muhyiddin menyatakan, Perdana Menteri telah menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah dan dipakaikan gelang pengawasan setibanya dari Jakarta pada Jumaat lalu.

“Beliau pada masa ini sedang menjalani kuarantin di rumah,” jelas kenyataan itu lagi.

Artikel Berkaitan: