Sila log masuk terlebih dahulu.

Covid-19 boleh tersebar melalui asap vape

 Hasil kajian oleh pakar dari Mexico, Italy dan New Zealand melaporkan, sebanyak 17 peratus kemungkinan boleh tersebar wabak Covid-19 menerusi hembusan asap vape. - Foto Reuters
Hasil kajian oleh pakar dari Mexico, Italy dan New Zealand melaporkan, sebanyak 17 peratus kemungkinan boleh tersebar wabak Covid-19 menerusi hembusan asap vape. - Foto Reuters
A
A
A

MEXICO CITY - Satu kajian terbaharu mendapati pengguna vape yang dijangkiti Covid-19 lebih cenderung menyebarkan virus itu kepada orang sekeliling dengan cara hembusan.

Menerusi portal Daily Mail, hasil kajian oleh pakar dari Mexico, Italy dan New Zealand itu melaporkan, sebanyak 17 peratus kemungkinan boleh tersebar wabak tersebut menerusi hembusan asap vape kepada persekitaran individu tersebut.

Kajian mendapati, ia boleh menyebarkan virus Covid-19 sehingga dua meter jarak melepasi peraturan penjarakan sosial fizikal United Kingdom (UK) iaitu satu meter.

Pakar memberitahu, pengguna vape tidak boleh menghisap vape semasa beratur, di perhentian bas atau kawasan awam yang ramai orang ramai berisiko untuk dijangkiti kerana mampu terkena kepulan asapnya.

“Mereka berkata walaupun sukar menghentikan aktiviti itu di rumah tetapi ia sesuatu yang masuk akal untuk melarang penggunaan alat berkenaan di tempat-tempat awam seperti restoran dan stesen kereta api,” menurut portal tersebut.

Bagaimanapun, risiko penyebaran itu dikatakan rendah berbanding risiko bercakap atau batuk ketika menghampiri seseorang.

Sekumpulan saintis turut membuat model bagaimana virus itu boleh tersebar dalam kepulan asap nipis vape, meresap dalam paru-paru, seterusnya ke mulut dan dihembuskan semula.

Mereka turut membuat model yang sama menggunakan kepulan asap tebal vape yang meningkatkan risiko sekitar lima hingga 17 peratus.

Artikel Berkaitan:

Dr Roberto Sussman dari Universidad Nacional Autonoma de Mexicor dalam artikel yang sama berkata, bahan kimia dalam asap vape tidak mampu membunuh virus berkenaan.

Kajian tersebut telah dimuat naik di portal kesihatan MedRxiv tetapi masih belum dikaji semula dan disahkan oleh saintis lain.

Covid-19 diketahui menyebar melalui udara ketika orang bernafas, bercakap, batuk atau bersin dan semakin banyak udara yang dikeluarkan, semakin tinggi risikonya.