X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 22 Januari 2022

Mahu pinjam RM20,000 tapi rugi RM19,618

Gambar hiasan
A
A

MELAKA - Seorang pengusaha katering yang mahu membuat pinjaman peribadi sebanyak RM20,000 ditipu sindiket pinjaman tidak wujud sehingga kerugian sebanyak RM19,618.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan E Sundra Rajan berkata, mangsa seorang wanita berusia 23 tahun menetap di Masjid Tanah tertarik dengan sebuah laman web yang menawarkan pinjaman wang sebelum menghubungi seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai Kelvin.

Beliau berkata, hasil perbincangan, mangsa bersetuju membuat pinjaman peribadi berjumlah RM20,000.

"Mangsa kemudian diarahkan oleh Kelvin untuk membuat bayaran bagi tujuan duti setem dan kelulusan pinjaman," katanya.

Menurutnya, bermula 31 Januari sehingga 5 Februari lalu, mangsa telah membuat pindahan wang secara berperingkat berjumlah RM19,618 ke lima akaun bank berbeza.

"Selepas pembayaran dibuat, mangsa masih tidak menerima wang pinjaman seperti yang dijanjikan. Malah suspek meminta mangsa memasukkan lagi wang. Mangsa menyedari dirinya ditipu dan membuat laporan di Balai Polis Masjid Tanah pada Jumaat lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata, hasil semakan polis mendapati nombor akaun bank yang digunakan suspek terlibat dengan lapan laporan polis.

"Suspek menggunakan modus operandi sama dengan membabitkan kerugian keseluruhan RM71,739 selepas dipercayai memperdayakan lapan mangsa," katanya.

Berikutan itu, E Sundra menasihatkan orang ramai membuat semakan nombor telefon dan nombor akaun bank pemberi pinjaman terlebih dahulu sebelum membuat sebarang urusan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!