Polis tahan lelaki kes gangguan lucah ketika PdPR

Siti Kamsiah
Siti Kamsiah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki di Bandar Tun Abdul Razak, Rompin, Pahang pada Khamis lalu untuk siasatan kes seorang guru yang didakwa menerima gangguan lucah daripada pelajarnya semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Perkara itu disahkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan.

"Lelaki berusia 21 tahun itu telah ditahan untuk direkod keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada keesokan hari.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan, Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Tambahnya, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti motif kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ganggu PdPR dengan video lucah perlu dihukum

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan polis menerima satu laporan yang dibuat seorang guru di Shah Alam, Selangor pada Rabu berhubung perkara terbabit.

Polis kemudian bekerjasama dengan syarikat telco untuk mengenal pasti identiti pemilik nombor telefon berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Ia susulan dakwaan sesi PdPR sebuah kelas dalam talian yang terganggu apabila seorang murid didakwa telah memaparkan video lucah ketika sesi berkenaan berlangsung di Google Meet.