14 maut, 200 hilang akibat runtuhan glasier di utara India

Beberapa anggota penyelamat melakukan kerja-kerja menyelamat selepas sebuah glasier runtuh ke dalam sebatang sungai hingga airnya melimpah dan mengakibatkan jambatan serta jalan raya runtuh di daerah Chamoli, Uttarakhandm utara India. - Foto AFP
Beberapa anggota penyelamat melakukan kerja-kerja menyelamat selepas sebuah glasier runtuh ke dalam sebatang sungai hingga airnya melimpah dan mengakibatkan jambatan serta jalan raya runtuh di daerah Chamoli, Uttarakhandm utara India. - Foto AFP
A
A
A

RISHIKESHI - Seramai 14 maut sementara 200 orang masih hilang di utara India selepas sebuah glasier runtuh ke dalam sebatang sungai mengakibatkan jambatan dan jalan raya turut musnah, kata polis pada Ahad.

Menurut satu imej video, runtuhan glasier itu juga menyebabkan paras air di Sungai Dhauliganga naik, sekali gus memusnahkan apa sahaja benda yang berada di laluannya.

"Terdapat sejumlah debu ketika air sungai itu melimpah. Ia seperti satu gempa bumi," kata seorang penduduk, Om Agarwal kepada TV India seperti dilaporkan oleh AFP.

Kebanyakan mangsa yang hilang ialah pekerja di dua buah loji tenaga, kata Kumar.

"Terdapat 50 pekerja di loji Rishi Ganga dan kita tidak mempunyai maklumat tentang mereka.

"Kira-kira 150 berada di Tapova. Kira-kira 20 lagi terperangkap di dalam sebuah terowong. Kami sedang cuba untuk menyelamatkan mereka," ujarnya.

Terowong itu dipenuhi dengan lumpur dan batu selepas sebatang jalan raya utama musnah mengakibatkan anggota-anggota penyelamat separa tentera terpaksa mendaki sebuah bukit untuk tiba di tempat mangsa-mangsa yang terperangkap.

Ratusan anggota tentera dan separa tentera bersama beberapa helikopter tentera serta pesawat lain telah dihantar ke tempat kejadian.

Pihak berkuasa terpaksa bertindak mengeringkan dua buah empangan dengan melepaskannnya ke Sungai Ganges di bandar Rishikeh serta Haridwar.

Artikel Berkaitan:

Ia menyebabkan pihak berkuasa melarang orang ramai daripada menghampiri tebing sungai tersebut, kata beberapa pegawai.

Penduduk kampung yang tinggal di lerang bukit turut dipindahkan tetapi ketika malam menjelma, pihak berkuasa berkata, bahaya akibat banjir disebabkan runtuhan glasier itu sudah berakhir.

Perdana Menteri India, Narendra Moddi berkata, beliau memantau perkembangan operasi menyelamat.

Kira-kira 14 glasier terletak berhadapan dengan sungai di Taman Nanda Devi dan menjadi topik kajian saintifik kerana bimbang tentang keruntuhannya disebabkan oleh perubahan iklim dan penebangan hutan. - Agensi