Banteras peniaga, pembekal ambil kesempatan

Mohd Yusof mendedahkan pihaknya banyak menerima aduan mengenai isu kenaikan harga peranti elektronik sejak PdPR diperkenalkan.
Mohd Yusof mendedahkan pihaknya banyak menerima aduan mengenai isu kenaikan harga peranti elektronik sejak PdPR diperkenalkan.
A
A
A

SHAH ALAM - Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menggesa kerajaan mengambil tindakan sewajarnya terhadap peniaga dan pembekal yang menjual peranti bagi keperluan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan harga cekik darah.

Timbalan Presidennya, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, apabila PdPR mula diperkenalkan pada sesi persekolahan di seluruh negara, pihaknya banyak menerima aduan mengenai isu kenaikan harga peranti elektronik seperti komputer, komputer riba, telefon pintar dan mesin pencetak.

Menurutnya, pihaknya juga mengakui bimbang kemungkinan terdapat taktik segelintir peniaga dan pembekal yang cuba menyorokkan peranti PdPR, lebih-lebih lagi terdapat ura-ura kerajaan akan memberi bantuan pembelian barangan berkenaan kepada golongan ibu bapa.

“Meskipun sememangnya berlaku peningkatan harga barangan peranti PdPR disebabkan permintaan yang cukup tinggi dalam kalangan ibu bapa, golongan peniaga dan pembekal tidak boleh sewenang-wenangnya meletakkan harga tidak masuk akal atau sorok bekalan.

“FOMCA tidak mahu ibu bapa daripada golongan berpendapatan rendah (B40) terbeban terutama mereka yang tinggal di kawasan luar bandar, sehingga akhirnya menyebabkan kemungkinan aspek pembelajaran anak-anak mereka terbantut,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Awal bulan lalu, kenaikan harga peranti seperti komputer riba mula disuarakan ibu bapa yang kini terpaksa mencari kekelengkapan itu bagi memenuhi keperluan PdPR.

Ini berikutan sejumlah 4.7 juta pelajar sekolah di seluruh negara terpaksa mengikuti pembelajaran norma baharu susulan sekolah ditutup akibat PKP.

Artikel Berkaitan: