Lelaki ditahan bersama mercun bernilai RM56,000

Pelbagai jenis mercun yang dirampas menerusi serbuan di Taman Perindustrian Gelang Patah pada Sabtu.
Pelbagai jenis mercun yang dirampas menerusi serbuan di Taman Perindustrian Gelang Patah pada Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Batalion Kelima Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam merampas pelbagai jenis mercun bernilai RM 56,000 dalam satu serbuan di premis pengedar minyak pelincir di Taman Perindustrian Empayar, Gelang Patah, di sini pada petang Sabtu.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Dimin Awang berkata, dalam serbuan kira-kira jam 6.45 petang itu, seorang lelaki berusia 28 tahun dipercayai pekerja premis berkenaan telah ditahan.

"Mercun sebanyak 65 kotak itu ditemui dalam premis syarikat pengedar minyak pelincir yang sah dan suspek adalah pekerja premis tersebut.

"Rampasan kesemua mercun itu dianggarkan bernilai lebih RM56,000," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Dimin berkata, suspek dan barang rampasan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207).

"Orang ramai diminta agar terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban," katanya.

Artikel Berkaitan: