X

Kindly register in order to view this article
!

Kelantan mungkin guna air sumber atas tanah

Tuan Ibrahim (dua,kanan) melihat pemakaian prosedur operasi standard (SOP) yang perlu diguna semasa proses gunting rambut.
A
A

KOTA BHARU – Kelantan mungkin akan menggunapakai air melalui sumber atas tanah bagi memastikan ia dapat memenuhi bekalan yang disalurkan ke loji-loji yang terlibat.

Menteri Alam Sekitar, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan tersebut adalah bagi memastikan pengambilan air bawah tanah dapat dikurangkan.

“Kita sudah arahkan selepas ini Kelantan perlu ambil air terus daripada atas seperti air sungai dan sebagainya. Kita tengok pengambilan air bawah tanah terlalu banyak sangat sehingga paras air laut meningkat.

“Jadi saya rasa cukup apa yang ada dan baki ke depan kita akan gunakan air sungai,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Kit SOP Kedai Gunting Rambut di The Jangot’s, Kubang Kerian di sini.

Menurutnya, kerajaan persekutuan juga telah meneliti permohonan peruntukan yang dibuat kerajaan negeri sebanyak RM1.7 bilion bagi mengatasi masalah bekalan air terawat di negeri ini.

Malah katanya, pihaknya juga telah melihat pelaksanaan perancangan strategik kerajaan negeri khususnya Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) untuk menyelesaikan masalah air ini.

“Kita akan pastikan bekalan air Kelantan ini menjadi keutamaan untuk kita selesaikan. Ada tiga isu yang perlu dilihat iaitu air tidak berhasil (non-revenue water-NRW) yang tinggi, sumber air dan perbanyakkan loji atau kolam takungan air,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!