Hospital penuh akibat Covid-19, wanita bersalin di kaki lima

Situasi cemas apabila wanita bersalin di luar hospital gara-gara kemudahan hospital penuh akibat Covid-19. -Foto: Daily Mail
Situasi cemas apabila wanita bersalin di luar hospital gara-gara kemudahan hospital penuh akibat Covid-19. -Foto: Daily Mail
A
A
A

SAN PABLO HUIXTEPEC - Seorang wanita berusia 28 tahun terpaksa melahirkan bayi lelaki di kaki lima luar hospital di selatan Mexico setelah kemudahan hospital penuh susulan pandemik Covid-19.

Momen itu sempat dirakam oleh seorang lelaki yang kebetulan berada di hospital umum Dr Manuel Velasco Suárez di Huixtepec, Oaxacax lapor Daily Mail.

Rakaman tular di laman sosial itu menunjukkan doktor dan jururawat mengelilingi wanita untuk membantu proses kelahiran secara berdiri.

Rakaman video itu menunjukkan ibu kepada empat orang anak, menjerit kesakitan sebelum kedengaran tangisan bayi kelimanya.

Bayi itu kemudian dibalut dengan selimut dan dibawa ke dalam wad kecemasan hospital bersama ibunya.

Menurut pemilik video tersebut, wanita itu telah menunggu sekurang-kurangnya 10 minit di luar pintu masuk hospital.

Kemudian keadaan bertukar cemas apabila wanita berkenaan mengalami kesakitan untuk bersalin dan suaminya bergegas ke wad kecemasan mohon bantuan.

Setiausaha jabatan kesihatan negeri Oaxaca, Juan Márquez bagaimanapun mempertahankan cara kakitangan di hospital itu menangani kes kelahiran susulan limpahan jumlah pesakit Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Márquez menambah bayi lelaki itu dalam keadaan sihat dan stabil.

Beliau juga menolak dakwaan berlakunya insiden bayi terjatuh ke lantai semasa proses bersalin seperti yang tular di laman sosial.