X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 29 November 2021

i-Sinar: Lebih separuh golongan T20 guna beli saham, emas

Hampir separuh daripada golongan T20 yang memohon atau merancang untuk memohon pengeluaran i-Sinar menggunakannya untuk pelaburan bagi membeli emas dan saham.
A
A

KUALA LUMPUR - Hampir separuh daripada golongan T20 yang telah memohon atau merancang untuk memohon pengeluaran i-Sinar menggunakannya untuk membuat pelaburan bagi membeli emas dan saham.

Menurut kajian dilakukan Pusat Penyelidikan Undian UCSI, kebanyakan mereka yang berbuat demikian adalah mereka dalam kategori umur 40 hingga 55 tahun.

Hasil kajian membabitkan 809 responden dari seluruh negara itu mendapati sebanyak 34.9 peratus menggunakan duit i-Sinar untuk tujuan tersebut merangkumi 47.7 peratus daripada pencarum T20, M40 (31.1 peratus) manakala B40 (35.3 peratus).

“Menariknya pelaburan menjadi satu daripada tujuan pengeluaran i-Sinar terutama golongan T20... meskipun dalam keadaan sukar dengan pandemik Covid-19, masih ada yang melihat peluang dan bertindak,” menurut pusat penyelidikan berkenaan dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut pusat kajian itu, membayar balik pinjaman menjadi tujuan utama responden membuat pengeluaran i-Sinar bagi golongan B40 dan M40 yang berusia 26 hingga 55 tahun.

Sehubungan itu, UCSI memaklumkan sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia melihat kembali sama ada mereka mempunyai komitmen yang tinggi dan cukup bersedia berdepan dengan masa-masa sukar seperti sekarang.

Daripada keseluruhan koresponden, hanya 48.6 peratus menggunakan wang itu untuk kegunaan membeli makanan dan barangan dapur, menurut kenyataan itu. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!