X

Kindly register in order to view this article
!

Projek Dahlia Sari tawar 120 unit teres dua tingkat dengan harga berpatutan

Dahlia Sari menawarkan 120 unit teres dua tingkat.
A
A

[DIKEMAS KINI] PANDEMIK Covid-19 tidak menjadi penghalang kepada pemaju hartanah, GLOMAC Berhad (Glomac) untuk terus memenuhi permintaan pasaran kediaman apabila bakal melancarkan 120 unit lagi rumah jenis teres dua tingkat terbaharu siri Sari yang dinamakan Dahlia Sari.

Ketua Pegawai Operasi Glomac, Zulkifly Garib berkata, projek terletak di perbandaran matang Saujana Perdana itu adalah hasil sambutan luar biasa kempen digital HappyNest yang dilancarkan pada 20 November lalu dan kejayaan penjualan rumah jenis Mawar Sari sebelum ini.

Ketua Pegawai Operasi Glomac, Zulkifly Garib menyampaikan taklimat maya pra pelancaran Dahlia Sari pada Rabu.
Ketua Pegawai Operasi Glomac, Zulkifly Garib menyampaikan taklimat maya pra pelancaran Dahlia Sari pada Rabu.

Menurutnya, Dahlia Sari yang dijangka siap menjelang suku pertama 2023 adalah kediaman berkonsepkan 'The Family Home' yang mampu memenuhi keperluan keluarga urban dengan rekabentuk moden dan mampu dimiliki dengan harga berpatutan bermula dari RM528,800.

"Dahlia Sari adalah sebahagian daripada pembangunan 200 ekar Saujana Perdana yang terdiri daripada 2,018 unit kediaman yang lengkap dengan pusat komersial bersebelahan di Bandar Saujana Utama.

"Kedua-dua pembangunan ini menempatkan pelbagai jenis kediaman rumah seperti rumah teres 20x60 kaki persegi, 20x70 kaki persegi dan 22x75 kaki persegi serta rumah bandar 24x60 kaki persegi terletak bersebelahan Bandar Saujana Utama (BSU).

"Kedudukannya berhampiran dengan pelbagai kemudahan seperti sekolah dan institusi pendidikan, tempat beribadat, kemudahan penjagaan kesihatan, restoran dan kedai serbaneka dan menawarkan kemudahan gaya hidup sihat pinggir bandar dengan taman dan ruang terbuka," katanya ketika Sesi Taklimat Maya pra-pelancaran Dahlia Sari pada Rabu.

Jelas beliau, projek tersebut adalah pelancaran terakhir melibatkan pembangunan rumah atas tanah di Saujana Perdana dengan Nilai Pembangunan Kasar (NPK) RM80.2juta.

Katanya, ia terletak di lokasi strategik dengan kemudahan perhubungan ke seluruh pelosok Lembah Klang melalui Persiaran Mokhtar,Lebuhraya Koridor Guthrie (CGE), Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Damansara - Shah Alam (DASH).

"Sasaran pembeli kita adalah daripada golongan berkeluarga yang mahu menaik taraf kediaman mereka daripada kediaman yang kecil kepada kediaman yang lebih selesa.

"Dahlia Sari menawarkan empat bilik tidur dan tiga bilik air yang dirancang dengan teliti dengan kawasan binaan 1,815 kaki persegi hingga 2,175 kaki persegi dalam ruang 22x75 kaki persegi.

"Ia juga dirancang dengan bilik tidur tetamu yang lebih besar dan konsep susun atur luas dari ruang tamu hingga ke ruang dapur, sesuai untuk menampung keluarga besar, hiburan atau hanya untuk bersantai dengan selesa," katanya.

BSU yang dibangunkan oleh Glomac sejak 1995, adalah sebuah perbandaran terancang yang merentasi 1,100 ekar daerah barat laut Sungai Buloh di mana Saujana Perdana terbentuk dari tanah pembangunan ini.

BSU dan Saujana Perdana kini mempunyai kadar penghuni yang mengagumkan dan dijangka mencapai populasi 55,000 pada akhir tahun 2021.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!