Supaya rakyat lebih bertanggungjawab mematuhi SOP PKP
Oleh ADILA SHARINNI WAHID03 Februari 2021 12:18pmMasa membaca: 4 minit
Ahmad Yakob ketika ditemui pemberita pada Rabu.
Ahmad Yakob turun padang ke lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) di Jalan Hamzah, Kota Bharu pada Rabu bagi mengedarkan risalah dan memberi kesedaran kepada orang ramai supaya mematuhi SOP PKP bagi mengekang penularan Covid-19.
Photo : Jabatan Penerangan Kelantan
A
A
A
Untuk informasi lebih menarik, jangan lupa ikuti Telegram dan TikTok kami
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menyokong supaya nilai kompaun lebih tinggi dikenakan kepada pesalah yang ingkar prosedur operasi standart (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, cadangan menerusi perlaksaan pindaan Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 itu bertepatan dengan keperluan semasa termasuk jumlah kompaun maksimum RM1,000 di bawah akta berkenaan.
“Pindaan supaya kompaun dinaikkan lagi wajardibuat dan saya bersetuju.
“Kita sebenarnya bukan nak sangat kompaun rakyat, tetapi supaya timbul rasa tanggungjawab sekiranya kompauan dinaikkan ke nilai yang lebih tinggi,” katanya kepada pemberita pada Rabu.