Nicol menang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman

Nicol David
Nicol David
A
A
A

SEPERTI diramal, bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol David dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia.

Sebaik undian ditutup pada jam 9 malam pada Isnin, Nicol ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila menerima 318,943 undian yang diadakan secara dalam talian sejak 8 Januari lalu.

"Ini adalah satu penghormatan buat diri saya apabila dicalonkan untuk Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman. Saya berterima kasih menerima sokongan padu daripada seluruh rakyat Malaysia serta komuniti skuasy.

"Ia sesuatu yang agak mengejutkan untuk saya disenaraikan bersama atlet terkemuka dunia yang lain. Saya rasa bersyukur dan diharapkan kejayaan ini mampu menarik perhatian dunia terhadap sukan skuasy.

"Saya berbangga dapat mewakili negara saya dan Asia," katanya yang muncul sebagai atlet tunggal dari Asia yang dicalonkan bagi anugerah berprestij itu.

Nicol mencipta sejarah tersendiri apabila bergelar pemain nombor satu dunia selama 109 bulan berturut-turut sepanjang kariernya.

Jumlah undian yang diterima Nicol itu jauh meninggalkan pencabar utamanya yang juga legenda tarik tali Ireland, James Kehoe yang menerima 113,120 undian untuk berada di tempat kedua.

Legenda powerlifting Ukraine, Larysa Soloviova pula berada di kedudukan ketiga dengan 80,790 undian.

Anugerah terbabit dianjurkan Persatuan Sukan Dunia Antarabangsa (IWGA) sebagai sambutan untuk ulang tahun ke-40 acara sukan dunia.

Artikel Berkaitan: