Pekerja binaan warga Indonesia maut traktor terbalik

Anggota bomba menggunakan sebuah eskavator untuk melakukan kerja-kerja menyelamat dua mangsa yang terperangkap di bawah traktor terbalik di kawasan pembinaan di Jalan Kelah, Kampung Sungai Kulai, Kulai pada Isnin.
Anggota bomba menggunakan sebuah eskavator untuk melakukan kerja-kerja menyelamat dua mangsa yang terperangkap di bawah traktor terbalik di kawasan pembinaan di Jalan Kelah, Kampung Sungai Kulai, Kulai pada Isnin.
A
A
A

KULAI - Seorang pekerja binaan warga Indonesia maut selepas satu traktor terbalik di kawasan pembinaan di Jalan Kelah, Kampung Sungai Kulai, di sini pada Isnin.

Dalam kejadian pada jam 10.29 pagi itu, semasa dua orang pekerja sedang bekerja, traktor itu terbalik mengakibatkan Bustaman Zaidin, 60, dan Wong Kwai Soon, 59, tersepit.

Seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai dengan sebuah jentera Light Fire Rescue Team (LFRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasinya, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Awang berkata, pihaknya mengeluarkan mangsa dengan menggunakan satu unit eskavator yang berada di lokasi.

"Seorang mangsa iaitu Bustaman meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi lelaki tempatan cedera di bahagian paha.

"Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, di sini dengan menggunakan jentera EMRS untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Katanya, operasi menyelamatkan mangsa tamat pada jam 11.50 pagi.

Artikel Berkaitan: