Menyamar nelayan seludup rokok

Maritim Perak mempergiat rondaan dan kawalan di perairan negeri itu menerusi Ops Benteng Laut di bawah Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF).
Maritim Perak mempergiat rondaan dan kawalan di perairan negeri itu menerusi Ops Benteng Laut di bawah Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF).
A
A
A

LUMUT - Sindiket penyeludupan rokok di perairan negeri ini dikesan menggunakan taktik baharu dengan menyamar sebagai nelayan dan menggunakan bot kecil bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, kegiatan itu dikesan berlaku di perairan Hilir Perak yang menjadi kawasan persempadanan negara menerusi risikan pada Disember lalu.

Menurutnya, hasil risikan mendapati aktiviti terbabit didalangi individu dari negara jiran dengan melakukan pemindahan atas laut dengan bantuan warga tempatan.

Kepten Maritim Shahrizan Raman
Kepten Maritim Shahrizan Raman

"Perairan di kawasan ini sering menjadi lokasi pilihan utama untuk menjalankan aktiviti penyeludupan rokok dan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia kerana lokasinya bersempadan dengan Perak.

“Kita dapati kegiatan ini masih berlaku secara kecil-kecilan dalam waktu tertentu yang mana bot nelayan asing mengambil kesempatan dengan menyamar sebagai nelayan," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Beliau berkata, sindiket berkenaan juga licik dalam mendapatkan maklumat pergerakan dan kehadiran aset Maritim melalui bot nelayan tempatan terutama yang menggunakan kru asing.

"Setakat ini belum ada tangkapan dibuat, namun untuk mengekang aktiviti ini, Maritim Perak telah mempergiatkan rondaan dan kawalan di perairan menerusi Ops Benteng Laut di bawah Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF)," katanya.

Artikel Berkaitan: