Bidaan Equanimity di bawah AGC

Guan Eng merasmikan pelancaran buku 'Siapa Itu Mohamad Sabu' di sini hari ini.
Guan Eng merasmikan pelancaran buku 'Siapa Itu Mohamad Sabu' di sini hari ini.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Bidaan kapal mewah Equanimity tidak terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan.

Menterinya, Lim Guan Eng berkata, sebaliknya ia berada di bawah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara.

"Awak boleh tanya AG (Peguam Negara), saya tidak boleh komen," katanya ketika diminta mengulas mengenai bidaan Equanimity yang tamat hari ini.

Proses bidaan kapal mewah milik ahli perniagaan, Jho Low itu dibuka bidaan bermula 29 Oktober.

Pembida yang berminat perlu mengemukakan deposit AS$ 1 juta.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Belum ada pihak tampil tuntut hak milik Equanimity ]

Bagi pembida yang telah berjaya dipilih oleh mahkamah, mereka perlu membayar 10 peratus daripada harga keseluruhan kapal dan baki 90 peratus dalam tempoh 10 hari kemudian.

Equanimity diserahkan Indonesia kepada Malaysia selepas ditahan pada Februari 2018, di perairan negara itu.

Terdahulu, Guan Eng merasmikan pelancaran buku 'Siapa Itu Mohamad Sabu' di sini hari ini.
Artikel Berkaitan: