JAIS siasat ajaran Islam Melayu: Zulkifli

DR ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
DR ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung ajaran Islam Melayu dibawa oleh individu yang dikenali sebagai ‘Ibu Yati’.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pihaknya menunggu maklum balas daripada JAIS bagi pertimbangan yang sewajarnya.

“Kes ini berlaku di Selangor. Jadi, kita tunggu maklum balas daripada JAIS selaku pihak berkuasa agama negeri.

“Saya amat yakin kredibiliti pihak JAIS dalam menguruskan isu ini. Kita menghormati bidang kuasa negeri dalam urusan agama,” katanya lapor Utusan Malaysia pada Sabtu.

Terdahulu, tular satu rakaman video di media sosial menunjukkan individu melakukan upacara paluan gong yang dipercayai ritual ajaran agama Melayu di sebuah pulau yang dipercayai Pulau Besar.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan terpengaruh ajaran Islam Melayu 'Ibu Yati'

Ibu Yati beri Yadim tempoh tujuh hari minta maaf

Video tersebut turut mengaitkan Ibu Yati yang dikatakan membawa ajaran berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan kemudiannya menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan ajaran Islam Melayu dibawa oleh individu yang dikenali sebagai ‘Ibu Yati’.

Beliau berkata, kelahiran agama baharu yang dikenali sebagai Agama Melayu itu menolak ajaran Islam yang dianggap sebagai Islam Arab dan mengakui membawa ajaran Islam Melayu.

Ibu Yati atau nama penuhnya, Wan Noor Hayati Wan Alias menafikan kenyataan itu dan memberi tempoh tujuh hari kepada Nasrudin untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.