Kanak-kanak tujuh tahun dijadikan tebusan

Suspek ditahan reman di Mahkamah Kulim hari ini.
Suspek ditahan reman di Mahkamah Kulim hari ini.
A
A
A

KULIM - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang dijadikan tebusan kira-kira lima jam cedera dileher dan luka di belakang badan akibat ditoreh pisau oleh seorang penagih dadah di Taman Serai Wangi, di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid berkata, mangsa dikurung dalam tandas dan polis menerima maklumat daripada orang awam pada jam 6 petang.

"Seorang suspek bersenjatakan pisau yang juga adik lelaki kepada tuan rumah, mengurung anak perempuan tuan rumah berusia tujuh tahun di dalam tandas.

"Suspek berusia 34 tahun yang dipengaruhi dadah menyatakan tidak puas hati kepada keluarga ini akibat masalah dalaman keluarga," katanya.

Beliau berkata, hampir jam 12 malam, suspek gagal dipujuk oleh ahli keluarga dan polis.

"Polis akhirnya terpaksa menyelamatkan mangsa menggunakan kaedah fizikal dan berjaya melepaskan kanak-kanak yang semakin lemah itu.

"Seorang pegawai polis turut cedera terkena pisau semasa pergelutan," katanya.

Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk rawatan dan suspek dibawa ke mahkamah serta reman diluluskan untuk 14 hari bagi siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Siasatan dijalankan di bawah seksyen 3, Akta Culik, 1961 dan seksyen 307 Kanun Keseksaan.