Chikungunya meningkat dua kes

Dr Dzulkelfly (tengah) memegang plakad sebagai tanda sokongan misi kemanusiaan Medical4Gaza.
Dr Dzulkelfly (tengah) memegang plakad sebagai tanda sokongan misi kemanusiaan Medical4Gaza.
A
A
A

PUNCAK ALAM - Jumlah terkini laporan wabak chikungunya dilaporkan meningkat menjadi 25 kes berbanding 23 kes direkodkan di Tanjung Sepat, Kuala Langat sejak 29 Januari lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Zulkefly Ahmad menjelaskan, laporan terkini menunjukkan peningkatan dua kes bagaimanapun kesemua pesakit dilaporkan stabil.

"Sehingga kini, jumlah kes terkumpul adalah 25 orang melibatkan 22 kes disahkan positif melalui laporan makmal iaitu saringan ujian serologi yang dijalankan.

"Manakala tiga kes lagi melalui pengesahan epid link. Kesemua pesakit menerima rawatan sebagai pesakit luar dan tiada kemasukan ke hospital, " katanya.

Mengulas lanjut, katanya, aktiviti pengesanan kes masih aktif dijalankan kepada penduduk setempat manakala tindakan kawalan serta pencegahan dilaksanakan sehingga kini.

"Aktiviti kawalan dilaksanakan setiap hari melibatkan 649 rumah yang berada dalam radius kawasan pemusnahan tempat pembiakan aedes.

"Sebanyak 1, 740 rumah disembur asap kabus bagaimanapun semburan ini hanya memusnahkan nyamuk dewasa sahaja... larva dan pupa nyamuk aedes perlu di basmi dengan kaedah lain.

"Maklumat mengenai kes cikugunya ini sudah dipanjangkan ke peringkat kerajaan negeri dan kepekaan turut diberikan kepada fasiliti kesihatan kerajaan serta swasta supaya meningkatkan kesiapsagaan pengesanan kes baharu, " katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas lanjut mengenai laporan terkini kes chikungunya di negeri ini selepas wabak itu mula dikesan di Kuala Langat.

Dr Dzulkelfly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor hadir merasmikan Majlis Pelancaran Dana Medical4Gaza Econsave bersama MyCare di Econsave Alam Jaya, hari ini.