PPM tingkat operasi sekat kemasukan Rohingya

Komander Pasukan Polis Marin (PPM), Senior Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat
Komander Pasukan Polis Marin (PPM), Senior Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasukan Polis Marin (PPM) meningkatkan operasi dan menambah jumlah aset di sepanjang Selat Melaka.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM), Senior Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya sentiasa bersiap siaga, malah jumlah operasi dan aset turut ditingkatkan.

"Setakat ini pasukan polis marin telah meningkatkan operasi dan menambah jumlah aset di sepanjang Selat Melaka iaitu dari Kukup, Johor sehingga Langkawi termasuk Johor Timur dari Pengerang hingga Sedili.

"Kita juga telah meningkatkan risikan dalaman dan juga bantuan daripada rakan setugas di Indonesia iaitu melalui Polisi Perairan dan Udara (Polairud) dan dalam masa sama operasi terancang melalui Ops Benteng juga sedang giat dijalankan," katanya di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan yang akan diambil polis marin berhubung laporan portal dan akhbar tempatan yang memaparkan mengenai ratusan etnik Rohingya hilang dari kem pelarian di Indonesia dan dipercayai diseludup masuk ke Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Ratusan etnik Rohingya di Indonesia lari ke Malaysia

Artikel Berkaitan: