X

Kindly register in order to view this article
!

Bom tinggalan perang dunia kedua ditemukan di Labuan

Bom peninggalan perang dunia kedua ditemukan di Simpang 11, Kampung Jawa, Labuan.
A
A

LABUAN - Satu bom lama yang dipercayai peninggalan perang dunia kedua ditemukan oleh seorang pekerja kontraktor yang sedang menjalankan kerja pembersihan di Simpang 11, Kampung Jawa, pada Khamis.

Dalam kejadian pada jam 1.39 tengah hari itu, lelaki tempatan berusia 50 tahun terbabit menemui bahan letupan jenis UOX 'Ariel Bom’ tertanam dalam tanah dan dipercayai masih aktif.

Pemangku Ketua Polis Daerah Labuan, Deputi Superintendan Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata, ketika itu lelaki terbabit sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di sekitar rumah sejak jam 11 pagi.

"Objek yang kelihatan seperti kepingan besi telah dikeluarkan dari dalam tanah dan didapati seperti sebutir bom yang telah berkarat.

Kawasan sekitar bom itu ditemukan dikawal rapi oleh pihak polis.
Kawasan sekitar bom itu ditemukan dikawal rapi oleh pihak polis.

"Pegawai penyiasat bersama unit Pemusnah Bom mengesahkan objek itu ialah sebutir bom lama dan masih aktif dengan berat kira-kira 35 kilogram dan ukur lilit 43 sentimeter serta panjang kira-kira 61 sentimeter, " katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mohd Ibrahim berkata, polis mengawal kawasan itu bagi memastikan tiada gangguan sehingga bom itu dimusnahkan hari ini juga.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!