Imigresen gempur rumah setinggan PATI

Muhamad Sade (tengah) menjalankan pemeriksaan dalam operasi bersepadu di kawasan rumah setinggan warga asing di Taman Bunga Sulaman, Kota Kinabalu pada Selasa.
Muhamad Sade (tengah) menjalankan pemeriksaan dalam operasi bersepadu di kawasan rumah setinggan warga asing di Taman Bunga Sulaman, Kota Kinabalu pada Selasa.
A
A
A

KOTA KINABALU - Seramai 49 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Sabah dalam serbuan di rumah setinggan di Taman Bunga Sulaman di sini pada Selasa.

Operasi bersepadu bermula jam 11.50 malam itu turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Tanah dan Ukur Sabah serta Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Pengarah Imigresen Sabah, Datuk Dr Muhamad Sade Mohamad Amin berkata, operasi yang diselaraskan Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan (TPPK), Hasanal Awang Hashim mendapati rumah setinggan PATI itu dibina di tanah simpanan kerajaan.

"Dalam operasi ini, seramai 114 orang warga asing telah diperiksa. Daripada jumlah tersebut, seramai 29 orang warga Filipina serta 20 orang warga Indonesia ditahan terdiri daripada 23 orang lelaki, 12 wanita, sembilan kanak-kanak lelaki serta lima kanak-kanak perempuan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Muhamad Sade (tengah) menjalankan pemeriksaan dalam operasi bersepadu di kawasan rumah setinggan warga asing di Taman Bunga Sulaman, Kota Kinabalu pada Selasa.
Muhamad Sade (tengah) menjalankan pemeriksaan dalam operasi bersepadu di kawasan rumah setinggan warga asing di Taman Bunga Sulaman, Kota Kinabalu pada Selasa.

Beliau berkata, antara kesalahan yang dikesan ialah tidak mempunyai pasport atau pas yang sah, tinggal lebih masa dan melanggar syarat pas.

Menurutnya, kesemua tahanan ditempatkan di pusat kuarantin dan transit Depot Imigresen Papar sebelum proses pengusiran dijalankan.

Tambah beliau, objektif utama operasi terbabit dilaksanakan adalah untuk membanteras warga asing khususnya PATI yang membuat penempatan haram di tanah-tanah simpanan kerajaan atau milik individu awam.

Artikel Berkaitan:

"Tumpuan operasi bersepadu ini juga menjurus kepada mengenal pasti mana-mana individu yang berkompromi dengan warga asing atau PATI menceroboh dan mendirikan penempatan haram," katanya.

Beliau juga memberi amaran supaya tidak sesekali menceroboh penempatan awam terutama tanah simpanan kerajaan untuk dijadikan penempatan haram sehingga mewujudkan kluster Covid-19.

"Jabatan Imigresen Sabah akan mengambil tindakan perundangan yang tegas tanpa kompromi terhadap mereka yang terlibat.

"Kita juga memohon kerjasama orang ramai untuk melaporkan kawasan penempatan haram yang didapati menjadi penempatan PATI," katanya.