X

Kindly register in order to view this article
!

KPM perlu cari alternatif agar pelajar tidak ketinggalan

Mohd Nazri Abu Hassan
A
A

SIK - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diharapkan dapat mencari alternatif lain bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam silibus pendidikan mereka ketika menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika negara berdepan pandemik Covid-19.

Setiausaha Bersatu Kedah, Mohd Nazri Abu Hassan, pihaknya merasakan keterbatasan tertentu wujud dalam kalangan masyarakat dari sudut capaian internet dan siaran televisyen mahupun radio serta peranti berkaitan perlu diakui.

Beliau yang juga Ketua Bahagian Bersatu Sik berkata, dalam keadaan ini, walaupun negara menghadapi pandemik Covid-19, namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk kita mengabaikan sistem pendidikan negara dari segenap lapisan masyarakat.

"Sehubungan itu, kementerian perlu memikirkan kesesuaian pendidikan yang merangkumi segenap lapisan masyarakat, yang mana walaupun pada alaf globalisasi dan modenisasi ini semuanya berpaksikan kepada sistem digital namun perlu juga kita akui bahawa negara kita belum bersedia ke arah itu.

"Jadi, saya mencadangkan supaya adanya alternatif lain agar pelajar-pelajar ini tidak ketinggalan dengan silibus pendidikan mereka bukan sahaja di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi dari pendidikan awal kanak-kanak itu juga penting," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mohd Nazri berkata, beliau yakin bahawa perkara ini turut menjadi kerisauan dalam kalangan guru dan ibu bapa, sekaligus kementerian perlu memainkan peranan penting dalam menangani masalah ini dengan segara.

"Saya menyokong penuh usaha Menteri Kanan (Pendidikan) Senator Dr Mohd Radzi Bin Md Jidin yang begitu prihatin terhadap masalah ini dan mengharapkan ada lagi penambahbaikan khususnya bagi mereka yang berada di kawasan luar bandar seperti di daerah Sik," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!