X

Kindly register in order to view this article
!

YouTube pula gantung secara kekal saluran milik Donald Trump

Gambar hiasan
A
A

SAN FRANCISCO - Laman perkongsian video, YouTube mengambil langkah sama seperti Twitter apabila ia menggantung secara kekal saluran milik bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump daripada platform itu.

Langkah itu dibuat seminggu selepas syarikat gergasi media sosial itu memaklumkan ia akan melanjutkan sekatan terhadap saluran bilionair hartanah tersebut yang mempunyai tiga juta pengikut di YouTube.

"Berikutan kebimbangan tentang potensi berlaku keganasan, saluran Donald J Trump akan digantung secara kekal," kata jurucakapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang rusuhan, YouTube sekat seminggu lagi saluran Trump

YouTube gantung saluran Presiden Trump

YouTube turut mengambil langkah tegas terhadap peguam bekas Presiden itu, Rudy Giuliani yang dilarang menggunakan Partner Program yang membolehkan pengguna meraih wang daripada video dikongsi mereka kerana telah beberapa kali melanggar polisi ditetapkan dengan menyebarkan maklumat yang salah mengenai Pilihan Raya AS.

Bekas Datuk Bandar New York itu dikatakan berkongsi video memburukkan Presiden baharu AS, Joe Biden menerusi video berjudul The Biden Crime Family's Payoff Scheme dan maklumat tidak benar tentang pilihan raya menerusi video berjudul Election Theft of the Century di saluran miliknya yang mempunyai kira-kira 600,000 pengikut. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!