X

Kindly register in order to view this article
!

Bimbang rusuhan, YouTube sekat seminggu lagi saluran Trump

Donald Trump
A
A

WASHINGTON - YouTube menyekat muat naik dan komen di saluran Presiden Donald Trump sekurang-kurangnya seminggu lagi ekoran kebimbangan keganasan menjelang pelantikan penggantinya Joe Biden, lapor Agensi Berita Sputnik.

"Berikutan kebimbangan potensi berlakunya keganasan, saluran Donald J Trump disekat daripada memuat naik video baharu atau siaran langsung selama minimum tujuh hari.

"Seperti yang telah kami kongsi sebelum ini, komen akan terus dinyahaktif daripada video di saluran itu," kata syarikat induk Youtube, Google, dalam satu kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: YouTube gantung saluran Presiden Trump

Saluran YouTube Trump telah disekat daripada memuat naik kandungan dan interaksi baharu dengan penonton selepas rusuhan pada 6 Januari di Capitol Hill Amerika Syarikat (AS), apabila penyokongnya menyerbu bangunan dewan perundangan persekutuan dalam usaha menghalang Perwakilan mengesahkan kemenangan pilihan raya Biden.

Trump dituduh menghasut kerana ucapan berapi-apinya berhampiran Capitol Hill, namun menafikan tuduhan tersebut. Ia mengakibatkan rusuhan dan menyebabkan lima kematian.

Biro Penyiasatan Persekutuan memberi amaran minggu lalu mengenai tunjuk perasaan bersenjata yang dirancang pada upacara pelantikan Biden di Washington, Rabu dan di semua 50 negeri AS. Ribuan pasukan Pengawal Negara dan penguat kuasa undang-undang telah dikerahkan untuk mengawal ibu kota. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!