X

Kindly register in order to view this article
!

Tak wajib bayar zakat i-Sinar jika hilang sumber pendapatan

A
A

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) memaklumkan golongan yang mengeluarkan i-Lestari atau i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam keadaan terpaksa tidak diwajibkan untuk membayar zakat.

Menurut satu maklumat ringkas yang dikeluarkan LZS, hukum pengeluaran berdasarkan pindaan Fatwa Sistem Pengurusan Kutipan Zakat Negeri Selangor 2013 wajib ditunaikan zakat padanya.

Walau bagaimanapun, berikutan pandemik Covid-19 pengeluaran tersebut tidak diwajibkan sekiranya ketiadaan sumber pendapatan dan terjejas.

"Bagi golongan yang mempunyai sumber pendapatan dan mampu menampung diri dan tanggungan, maka wajib dikeluarkan zakat," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Dalam pada itu, LZS turut memaklumkan pengeluaran tersebut adalah atas dasar pilihan dan bukannya darurat.

"Hukum dan perlaksanaan ini juga tertakluk dengan keputusan jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor," katanya.

Sehubungan itu, pengeluaran KWSP tersebut perlu dizakatkan sekiranya mencukupi syarat-syarat yang ditetapkan.

Baru-baru ini, kerajaan memperkenalkan program i-Sinar melalui Akaun 1, KWSP dengan jumlah pengeluaran minimum RM10,000 ke RM60,000 mengikut kriteria kelayakan ahli.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!