X

Kindly register in order to view this article
!

Thaipusam: Beberapa jalan di Gombak ditutup hari ini

Pergerakan pedati sempena sambutan Thaipusam dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H.S.Lee ke Kuil Sri Subramaniaswamny di Batu Caves yang diiringi Polis Diraja Malaysia bermula dari jam 3 pagi hingga 6 pagi tadi. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Beberapa jalan di daerah Gombak akan ditutup sempena perarakan sambutan Thaipusam mulai hari ini sehingga awal pagi 29 Januari (Jumaat).

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, penutupan jalan ini susulan kebenaran pergerakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membawa Arca Dewa Murugan bermula dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H S Lee ke Kuil Seri Subramaniam, Batu Caves pada Khamis.

“Laluan terbabit adalah susur ke Kuil Batu Caves dari arah Bulatan Batu Caves, susur MRR2 ke Jalan Perusahaan Batu Caves, simpang Jalan Perusahaan ke Bulatan Batu Caves, jalan ke tempat mandian utama, Sungai Batu Caves,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, jalan akan dibuka semula pada 29 Januari jam 6 pagi.

Beliau turut menasihatkan orang ramai tidak perlu hadir, kerana upacara sembahyang di kuil sempena Thaipusam kali ini tidak dibenarkan, dan semua pihak juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa.

Katanya, polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar SOP PKP (Thaipusam) yang telah ditetapkan MKN. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!