X

Kindly register in order to view this article
!

Hospital Kluster beroperasi ikut arahan KKM

Sebanyak 96 hospital swasta bersetuju untuk menyediakan rawatan Covid-19. - Gambar fail Reuters
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Hospital awam dan swasta yang diletakkan di bawah pengoperasian secara hibrid berdasarkan konsep Hospital Kluster akan beroperasi mengikut arahan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga kini, terdapat 210 hospital swasta berlesen.

"129 daripadanya menawarkan perkhidmatan pesakit dalam (inpatient) bagi bidang Perubatan Dalaman (internal medicine)," katanya.

Menurutnya, sebanyak 96 hospital swasta telah bersetuju untuk menyediakan rawatan Covid-19 dengan jumlah katil setakat ini adalah 1,252 buah.

"Jumlah katil di unit rawatan rapi (ICU) pula adalah 65, manakala terdapat 65 mesin ventilator," katanya.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali mengumumkan Sidang Darurat Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memutuskan integrasi Perkhidmatan Hospital Sektor Awam dan Swasta dalam tempoh darurat bagi memastikan koordinasi yang sistematik dan jaminan akses kesihatan yang menyeluruh serta bersepadu dapat dilaksanakan untuk pesakit Covid-19 dan juga bukan Covid-19.

Pendekatan utama yang telah dikenal pasti adalah dengan meletakkan hospital awam iaitu hospital di bawah KKM, hospital universiti awam dan hospital angkatan tentera dan hospital swasta di bawah pengoperasian secara hibrid, berdasarkan konsep Hospital Kluster di bawah Pusat Kawalan Covid-19-19 Bersepadu.

Kesemua hospital berkenaan akan beroperasi untuk merawat pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19 mengikut arahan yang akan dikeluarkan oleh KKM.

Mohd Zuki dalam kenyataannya berkata, kerajaan akan melakukan penjajaran sementara terhadap kesemua sumber dan fasilitinya termasuk kakitangan awam berikutan pelaksanaan Ordinan Darurat.

ARTIKEL BERKAITAN: Darurat: Penjajaran semua sumber kerajaan


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!