Pergerakan pedati sempena Thaipusam perlu patuhi SOP ketat

Abdul Hamid Bador
Abdul Hamid Bador
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia menegaskan pergerakan membawa pedati dari kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H S Lee ke kuil Sri Subramaniaswamy di Batu Caves sempena perayaan Thaipusam perlu mematuhi syarat dan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, hanya 10 orang terdiri daripada lima ahli jawatankuasa dan lima petugas sahaja dibenarkan untuk mengiringi pergerakan pedati itu.

"Pergerakan pedati yang dibenarkan adalah bermula pada jam 3 pagi hingga 6 pagi Rabu dan bergerak kembali ke kuil Sri Maha Mariamman dari Batu Caves pada Jumaat," katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Abdul Hamid berkata, pergerakan pedati tidak boleh berhenti di mana-mana lokasi sepanjang perjalanan.

"Tiada sebarang peralatan gendang dan tiupan atau muzik dibenarkan," katanya

Abdul Hamid selain itu berkata, tiada sebarang perniagaan sepanjang jalan antara kuil Sri Maha Mariamman ke kuil Sri Subramaniaswamy dibenarkan kecuali yang telah mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan.

"Orang ramai diingatkan agar mematuhi SOP untuk mengelakkan sebarang kesulitan atau tindakan undang-undang.

"Kita akan menjalankan pemantauan dan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana individu yang ingkar," katanya.

Artikel Berkaitan: