Ancaman laman web digodam, semua agensi kerajaan diberi notis amaran

Laporan Sinar Harian pada Selasa mengenai kumpulan penggodam terkenal, Anonymous Malaysia (Anonymous) yang kembali dengan sebuah mesej amaran kepada kerajaan Malaysia.
Laporan Sinar Harian pada Selasa mengenai kumpulan penggodam terkenal, Anonymous Malaysia (Anonymous) yang kembali dengan sebuah mesej amaran kepada kerajaan Malaysia.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) mengeluarkan satu notis amaran kepada semua agensi kerajaan untuk mengambil langkah-langkah perlu bagi mencegah dan meminimumkan impak ancaman serangan siber.

MKN dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan, tindakan serius itu diambil berikutan ancaman untuk menggodam laman web kerajaan menerusi penularan satu video di media sosial dikeluarkan ‘ Anonymous Malaysia' di platform media sosial baru-baru ini.

Menurut MKN, NACSA juga sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengkoordinasi dan mengambil tindakan sewajarnya.

"Kerajaan amat mengambil berat dan memberi keutamaan terhadap keselamatan infrastruktur teknologi maklumat kerajaan serta sistem kritikal negara dengan menggariskan tindakan pengukuhan sistem teknologi maklumat, termasuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai berkaitan,“ menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut, tindakan itu jelas digariskan menerusi Strategi Keselamatan Siber Malaysia (MCSS) yang dilancarkan pada Oktober 2020. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Penggodam Anonymous beri amaran kepada kerajaan Malaysia

Artikel Berkaitan: