X

Kindly register in order to view this article
!

Qatar kecam serangan udara sasarkan Riyadh

Qatar pada Isnin mengecam sekeras-kerasnya cubaan serangan udara ke atas Riyadh, Arab Saudi. - Foto 123RF
A
A

ANKARA - Qatar pada Isnin mengecam sekeras-kerasnya cubaan serangan udara ke atas Riyadh, Arab Saudi, lapor Agensi Anadolu.

Serangan udara itu disifatkan 'tindakan berbahaya terhadap orang awam dan bertentangan dengan norma serta undang-undang antarabangsa', memetik kenyataan Kementerian Luar Qatar.

Menurut kenyataan itu lagi, Qatar menolak sebarang unsur keganasan, kekacauan dan tindakan jenayah tidak kira apa jua motif serta alasan.

Pakatan dipimpin Arab Saudi di Yaman berkata, pada Sabtu pihaknya menembak jatuh peluru berpandu atau dron di Riyadh.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut diberikan pakatan itu tetapi media Arab Saudi melaporkan bedilan peluru berpandu itu dilancarkan puak Houthi.

Houthi belum memberikan sebarang reaksi balas mengenai laporan itu. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!