Scotland cabar PM Britain adakan referendum kemerdekaan

SCOTLAND berhasrat mahu melakukan pungutan suara kemerdekaan dari United Kingdom (UK) yang disertainya pada tahun 1707 walaupun tanpa mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri Britain, Boris Johnson.
Kenyataan terbaharu itu dibuat tidak sampai sebulan UK secara rasminya keluar daripada menjadi anggota Kesatuan Eropah (EU) yang dianggotainya sejak 1 Januari 1973 selepas London melakukan pungutan suara pada tahun 2016 bagi menentukan sama ada ia perlu kekal dalam kesatuan ekonomi tersebut.
Anggota kesatuan UK buat masa terdiri daripada England, Scotland, Wales dan Ireland Utara.
Pungutan suara yang diadakan pada tahun 2016 itu menyaksikan majoriti penduduk UK mahu keluar dari EU berbanding ketika referendum buat kali pertama diadakan pada tahun 1975 yang mana rakyatnya mahu UK kekal berada dalam EU.