X

Kindly register in order to view this article
!

Projek ‘Road to Zero Hunger’ bantu 400 keluarga teruskan kehidupan

Farrez Shah Johan (kanan) dan Timbalan Pengerusi KRT PPR Lembah Subang,Mohd Fauzie Toriman (kiri) memberi bakul makanan kepada penerima sumbangan projek 'Road to Zero Hunger' di Petaling Jaya pada Ahad.
A
A

PETALING JAYA - [DIKEMASKINI] Projek ‘Road to Zero Hunger’ anjuran pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dari Graduate School of Business (UKM-GSB) yang bermatlamat untuk mengurangkan kelaparan dalam kalangan keluarga B40 mengagihkan bantuan kepada 400 keluarga di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang pada Ahad.

Ketua Pengarah Projek, Farrez Shah Johan berkata, projek itu dianjurkan untuk memberi bantuan kepada golongan tersebut yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Menurutnya, program tersebut dianjurkan setelah mendapati bahawa terdapat golongan berkenaan yang tinggal di kawasan bandar hilang punca pendapatan akibat pandemik tersebut.

"Hasil dapatan kami daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terlibat mendapati program ini sesuai diadakan untuk membantu kelangsungan hidup dalam kalangan keluarga miskin khususnya yang tinggal di bandar.

“Kami memfokuskan pada PPR Lembah Subang kerana kebanyakan daripada golongan tersebut terkesan dengan pandemik Covid-19 merupakan golongan miskin bandar”.

“Bantuan merangkumi barang keperluan seperti beras, minyak, kicap, santan, garam dan lain-lain bernilai RM100 diserahkan kepada individu yang layak setelah saringan terperinci daripada pihak kami berdasarkan telah disediakan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT),” katanya pada Ahad.

Farrez juga berkongsi pengalamannya bersama Yayasan Amal Malaysia yang membantu salah satu keluarga yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Bantuan merangkumi barang keperluan seperti beras, minyak, kicap, santan, garam dan lain-lain bernilai RM100 diserahkan kepada mereka yang berkelayakan.
Bantuan merangkumi barang keperluan seperti beras, minyak, kicap, santan, garam dan lain-lain bernilai RM100 diserahkan kepada mereka yang berkelayakan.

Menurutnya, pendapatan keluarga tersebut terjejas sejak PKP tahun lalu, dalam masa yang sama mereka perlu membiayai empat orang anak yang masih bersekolah.

“Suaminya yang dikenali sebagai Fattah merupakan seorang pemandu teksi, manakala isterinya bekas guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang menghidap strok separuh kaki dan mulut sejak dua tahun lepas sehingga mengganggu percakapan serta pergerakannya.

“Kami difahamkan kos rawatannya setiap sesi adalah sebanyak RM150 dan untuk melengkapkan rawatan itu, dia perlu hadir ke hospital sebanyak 20 sesi.

“Jadi pihak kami bersama Yayasan Amal Malaysia telah melancarkan bantuan kilat untuk mengumpul dana bagi membantu keluarga tersebut.

“Alhamdulillah, kita sudah berjaya mengumpul sejumlah RM3,000 dan akan diberikan kepada keluarga itu dalam masa terdekat,” katanya.

Antara ahli jawatankuasa yang terlibat dalam penganjuran program 'Road to Zero Hunger'.
Antara ahli jawatankuasa yang terlibat dalam penganjuran program 'Road to Zero Hunger'.

Sementara itu, katanya, projek yang telah berlangsung sejak Sabtu itu dilaksanakan hasil kerjasama antara pelajar UKM iaitu Kumpulan Aurora bersama dengan syarikat korporat dan beberapa NGO seperti Yayasan Amal Malaysia dan Sahabat Amal Care.

Ujarnya, seramai 11 orang pelajar jurusan pengajian Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) perlu menganjurkan satu program berbentuk khidmat sosial masyarakat (CSR) sebagai salah satu syarat untuk graduasi.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!