PH semakin terdesak: Zahida

Zahida
Zahida
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan PH dilihat semakin terdesak dan bimbang dengan kerjasama kukuh antara parti-parti pembangkang ketika ini apabila berterusan membuat tuduhan Pas menerima RM90 juta daripada BN.

ARTIKEL BERKAITAN: Tarik saman Sarawak Report: Bersatu minta Pas terus-terang

ARTIKEL BERKAITAN: Rakyat tuntut kebenaran isu saman Sarawak Report

Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, tuduhan yang sengaja dihangatkan itu juga seolah-olah lebih penting daripada mencari keadilan untuk anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib.

“Ia juga salah satu cubaan PH untuk melemahkan kerjasama Umno dan Pas dalam menghadapi PRK Semenyih tak lama lagi.

“Jangan gentar serangan mereka. Kita teruskan perjuangan hingga PH tumbang,”katanya menerusi satu kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hadi, Sarawak Report selesai kes saman luar mahkamah

Sebelum ini Pas melalui presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil tindakan undang-undang terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown di London pada 21 Apr 2017.

Artikel Berkaitan:

Ia berkaitan laporan portal itu pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa pemimpin Pas menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong BN dan Umno.

Bagaimanapun, minggu lalu Abdul Hadi memutuskan untuk menyelesaikan kes saman terhadap editor berkenaan di luar mahkamah.