Jika bergejala boleh hadir untuk ujian calitan: Dr Noor Hisham

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Individu yang mempunyai gejala Covid-19 boleh hadir ke Klinik Kesihatan menjalani ujian calitan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, ia berikutan kes sporadik yang dilaporkan meningkat sejak akhir-akhir ini.

"Mereka yang bergejala diberi keutamaan untuk membuat ujian calitan di Klinik Kesihatan," katanya dalam sesi taklimat bersama media secara maya pada Isnin.

Beliau berkata, 50 peratus jangkitan adalah terdiri daripada kluster, namun kes sporadik semakin meningkat.

"Pesakit tidak tahu dari mana mereka mendapat jangkitan dan kita ambil langkah berjaga-jaga," katanya.

Dr Noor Hisham berkata demikian mengulas mengenai ujian calitan di klinik kesihatan.

Sebelum ini, pesakit terpaksa membuat ujian calitan di klinik swasta dan dikenakan caj berikutan klinik kesihatan hanya melakukan calitan terhadap individu yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 sahaja.