Fokus rekrut, memberdaya wanita muda

Amirudin bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika merasmikan majlis berkenaan.
Amirudin bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika merasmikan majlis berkenaan.
A
A
A
SUBANG - Srikandi PKR perlu memberi fokus bagi merekrut dan memberdayakan golongan wanita muda yang menjadi penentu bagi masa depan negara.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor, Amirudin Shari berkata, sebagai salah satu watak penting dalam PKR, Srikandi harus memainkan peranan dengan mempunyai hala tuju dan matlamat jelas dalam perjuangan.

Beliau berkata Srikandi PKR kreatif dalam menyemarak minat golongan wanita muda terhadap bidang politik dan bersama-sama dalam perjuangan parti ini.

"Saya yakin dengan program Semarak Srikandi serta inisiatif seperti Girl2Leader akan berjaya menarik minat wanita muda di Malaysia dalam meningkatkan ‘young women participation in politics’ ," katanya ketika berucap di Majlis Hi Tea Pimpinan bersama Srikandi PKR di Hotel Empire hari ini.

Hadir sama Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Amirudin memaklumkan PKR sentiasa di hadapan bagi mengangkat agenda pemerdayaan wanita malah dalam perlembagaan parti, kepimpinan turut menetapkan kuota 30 peratus buat golongan wanita.

"Selangor juga menjadi satu-satunya negeri yang memenuhi kuota 30 peratus penglibatan wanita dalam sebarang keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

"Saya menyokong penuh usaha Srikandi PKR dalam memupuk minat wanita muda melalui program kemasyarakatan seperti Semarak Srikandi ini," ujarnya.

Tambah beliau, semua ahli harus sentiasa berpegang kepada falsafah utama sebagai pemimpin iaitu ‘bekerja untuk rakyat, berkhidmat kepada negara’," katanya.

Artikel Berkaitan: