X

Kindly register in order to view this article
!

9 ekor lembu mati dirempuh kereta

Petugas lebuh raya mengalihkan bangkai lembu ke bahu lebuh raya untuk keselamatan pengguna. Foto: Ihsan Polis
A
A

KEMAMAN - Sembilan bangkai lembu bergelimpangan di atas jalan raya selepas dirempuh dua kereta di Kilometer (KM) 291.1, Lebuh raya Pantai Timur 2 (LPT2) dari arah Kuantan-Kuala Terengganu di sini pada malam Jumaat.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, pemandu kereta Proton Saga yang merupakan seorang wanita berusia 28 tahun dan pemandu kereta jenis Volvo iaitu lelaki berusia 46 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Superintendan Hanyan Ramlan
Superintendan Hanyan Ramlan

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan itu dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Terengganu dan apabila sampai di lokasi, mereka terserempak sekumpulan lembu yang berada di tengah-tengah jalan.

"Disebabkan jarak yang terlalu dekat, kedua-dua kenderaan itu yang masing-masing tidak mempunyai penumpang merempuh sekumpulan lembu tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Katanya, susulan kemalangan itu, dua kereta berkenaan mengalami kerosakan.

Keadaan kereta Volvo yang rosak teruk di hadapan selepas merempuh sekumpulan lembu di Kilometer (KM) 291.1, Lebuh raya Pantai Timur 2 (LPT2) dari arah Kuantan-Kuala Terengganu pada malam Jumaat. Foto: Ihsan polis
Keadaan kereta Volvo yang rosak teruk di hadapan selepas merempuh sekumpulan lembu di Kilometer (KM) 291.1, Lebuh raya Pantai Timur 2 (LPT2) dari arah Kuantan-Kuala Terengganu pada malam Jumaat. Foto: Ihsan polis


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!