X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 29 November 2021

Rintis 3.0 hantar bantuan ke Pahang sebanyak RM78,000

Dr Zulkifli menyempernakan pelepasan peserta konvoi Rintis 3.0 di Masjid Wilayah Persekutuan pada pagi Sabtu.
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerusi Rescue In Team Insan Sejahtera (Rintis) 3.0 berlepas ke Pahang bagi meneruskan misi bantuan kemanusiaan pada pagi Sabtu.

Misi tersebut disertai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim); Masjid Wilayah Persekutuan; Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah,Taman Sri Rampai, Setapak serta sukarelawan Rintis 3.0 dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain.

JAWI dalam satu kenyataan memaklumkan, misi penghantaran sumbangan tersebut membabitkan konvoi 12 kenderaan dengan penyertaan seramai 24 sukarelawan.

Gimik pelepasan peserta konvoi Rintis 3.0 oleh Dr Zulkifli.
Gimik pelepasan peserta konvoi Rintis 3.0 oleh Dr Zulkifli.

"Misi bantuan kali ini membawa bantuan keperluan asas makanan seperti beras, tepung, gula, dan minyak masak.

"Turut dibawa adalah keperluan harian seperti tilam, bantal, dan sejadah yang kesemuanya bernilai RM78,000 untuk diagihkan kepada golongan yang terkesan," menurut kenyataan jabatan itu pada Sabtu.

Pelepasan peserta konvoi disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada jam 9.15 pagi tadi (Sabtu) di Masjid Wilayah Persekutuan.

JAWI memaklumkan, konvoi pasukan sukarelawan akan membuat serahan sumbangan di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Temerloh, Pahang.

"Serahan dijangka disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

"Bantuan Kemanusiaan ini adalah siri keempat dilaksanakan oleh JAWI bersama masjid Wilayah Persekutuan dan rakan strategik. Misi sama telah dilaksanakan di negeri Pahang dan Kelantan sejak minggu lalu berupa barangan keperluan asas dan harian bernilai RM 275,000.00," kata kenyataan itu lagi.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!