X

Kindly register in order to view this article
!

Syarikat kuari akan didakwa

Kertas siasatan sedang disiapkan sebelum proses pendakwaan dilakukan dalam isu kerosakan alam semula jadi di kawasan Hutan Simpan Segari Melintang, Manjung. Gambar kecil: Mohd Akmal
A
A

IPOH - Proses pendakwaan terhadap syarikat operator yang menjalankan aktiviti kuari sehingga menyebabkan kerosakan alam semula jadi di kawasan Hutan Simpan Segari Melintang, Manjung akan dilakukan dalam masa terdekat.

Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) kini sedang menyiapkan kertas siasatan sebelum pendakwaan dibuat.

Menurutnya, sebelum ini pegawai JAS dan beberapa pegawai agensi berkaitan ke lokasi berkenaan setiap hari untuk melengkapkan kertas siasatan.

"Biarpun terdapat beberapa kekangan seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi kita sedang berusaha untuk menyiapkan kertas siasatan secepat mungkin bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

"Selepas lengkap kertas siasatan itu, kita akan teruskan dengan proses pendakwaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Menerusi kenyataan akhbarnya, Mohd Akmal berkata, syarikat operator juga akan berdepan tindakan undang-undang sekiranya gagal melakukan kerja-kerja pembaikan dan pemulihan di alur air kawasan Air Terjun Tanjung Batu di Segari yang dilaporkan musnah oleh media baru-baru ini.

Muka depan Sinar Ahad pada 17 Januari 2021.
Muka depan Sinar Ahad pada 17 Januari 2021.

Jelasnya, hasil siasatan awal mendapati operator tersebut telah melakukan pelanggaran syarat-syarat Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) yang ditetapkan.

“Antaranya tidak melantik Environment Officer (EO) yang bertauliah hingga menyebabkan kegagalan kawalan hakisan dan mendapan di tapak projek.

“Perintah Larangan dan Perintah Berhenti Kerja telah dikeluarkan pada Rabu di bawah Seksyen 34AA Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi menghalang operator kuari beroperasi serta merta.

“Semua kerja pembangunan telah dihentikan dan pelesen diarah melakukan tindakan pembaikan dan pemulihan di alur air bermusim tersebut.

"Akibat daripada pelanggaran syarat tersebut, pihak yang terlibat akan berdepan dengan tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas beliau mempengerusikan mesyuarat penyelarasan dan pemantauan berkaitan isu kemusnahan alam sekitar di kawasan itu pada Khamis yang turut dihadiri Pengarah Perhutanan Perak, Datuk Mohamed Zin Yusop; Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak, Datuk Ir Dr Ahmad Anuar Othman dan Pengarah JAS negeri, Rosli Zul.

ARTIKEL BERKAITAN: Kegiatan kuari di hutan simpan membimbangkan

Air Terjun Tanjung Batu musnah

JAS, Jabatan Perhutanan diarah beri laporan


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!