Presiden, Timbalan Presiden PAFA umum letak jawatan

Ahmad Faizal (kanan) dan Adly Shah, ketika meninjau sesi latihan pasukan Perak di Stadium Perak.
Ahmad Faizal (kanan) dan Adly Shah, ketika meninjau sesi latihan pasukan Perak di Stadium Perak.
A
A
A

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan peletakan jawatannya pada sidang media, hari ini.

Pengumuman berkenaan sekali gus menamatkan pelbagai spekulasi berhubung perkara berkenaan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Pada sidang media berkenaan juga, Timbalan Presiden PAFA Datuk Adly Shah Ahmad Tah, turut mengumumkan peletakan jawatannya.

Bagaimanapun setakat ini, masih belum ada sebarang perkhabaran mengenai calon yang bakal menggantikan Ahmad Faizal dan Adly Shah bagi menerajui badan induk bola sepak Perak itu.

Artikel Berkaitan: