Jumpa bom tangan di pangkal pokok

Gambar hiasan -Foto 123rf
Gambar hiasan -Foto 123rf
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebutir bom tangan ditemui oleh orang awam di pangkal sebatang pokok di tepi jalan Taman Universiti, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, orang awam tersebut menemui bom tangan itu pada jam 11 pagi sebelum memaklumkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara.

"Pada mulanya orang awam berkenaan ternampak satu objek menyerupai bom tangan sebelum memaklumkan kepada IPD Johor Bahru Utara. Susulan itu pihak polis bergegas ke tempat kejadian untuk mengambilnya.

"Tindakan pemusnahan dilakukan pada jam 5.05 petang oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Kontinjen Polis Johor (IPK) Johor dengan menggunakan teknik high order ke atas bom lama itu jenis hand grenade PRB 36.

"Bom berkenaan berukuran 4.5 inci dengan ukur lilit 8 inci dijumpai dalam keadaan sudah berkarat," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Katanya, proses memusnahkan bom tersebut dijalankan dengan selamat tanpa kerosakan harta benda.

Jelasnya, tiada motif dan ancaman jenayah dilaporkan daripada penemuan bom berkenaan.

Tambah beliau, polis menyeru orang ramai sekiranya menjumpai objek seperti bom supaya tidak mengusik atau mengalihkannya, sebaliknya melaporkan kepada balai polis berhampiran.

Artikel Berkaitan: