Serah diri selepas 20 hari jadi buruan polis

Suspek (dua dari kiri) diperintahkan menjalani tahanan reman selama empat hari.
Suspek (dua dari kiri) diperintahkan menjalani tahanan reman selama empat hari.
A
A
A

DUNGUN - Lelaki yang tular kerana didakwa pecah rumah dan mengintai seorang gadis dalam kejadian di kampung Padang Jambu, di sini, baru-baru ini akhirnya tampil menyerah diri.

Suspek berusia 39 tahun tersebut menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Baharudin Abdullah berkata, selepas 20 hari menjadi buruan polis, suspek akhirnya menyerah diri.

Menurutnya, gambar suspek yang sedang meloloskan diri melalui tingkap kecil tular di laman sosial Facebook apabila mangsa berusia 26 tahun bertindak mengambil gambar dan menyebarkannya.

Suspek (belakang) dipercayai aktif melakukan kegiatan pecah rumah di sekitar Dungun.
Suspek (belakang) dipercayai aktif melakukan kegiatan pecah rumah di sekitar Dungun.



"Dalam kejadian 12.30 tengah hari, suspek yang memecah masuk rumah jirannya melarikan diri melalui tingkap kecil.

"Perbuatan itu disedari mangsa yang bertindak memberitahu abangnya.

"Bagaimanapun mangsa dan abangnya tidak berani bertindak memandangkan suspek bersenjata.

"Mangsa memuat naik status meminta orang ramai supaya sama-sama memburu lelaki yang memecah masuk rumahnya dan turut mendakwa lelaki itu pernah mengintainya ketika mandi suspek," katanya.

Artikel Berkaitan:


Gambar suspek yang tular di media sosial.
Gambar suspek yang tular di media sosial.



Baharudin berkata suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Dungun kelmarin dan diperintahkan menjalani tahanan reman selama empat hari bermula Selasa.

"Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Hazwani Hussain Bustari terhadap suspek untuk membantu siasatan.

"Penahanan suspek dipercayai dapat menyelesaikan beberapa kes pecah rumah yang berlaku di sekitar Dungun.

"Kes disisat di bawah Seksyen 453 Kanun Kesiksaan kerana melakukan jenayah pecah rumah," katanya.