Suspek ragut guru direman tujuh hari

Rakaman CCTV berjaya merakam jenayah yang dilakukan suspek di Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada Selasa.
Rakaman CCTV berjaya merakam jenayah yang dilakukan suspek di Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada Selasa.
A
A
A

KUALA LANGAT - Seorang lelaki yang meragut seorang guru wanita di Telok Panglima Garang, di sini pada Selasa direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, pihak polis akan menjalankan siasatan selanjutnya untuk melihat status penglibatan suspek dalam kes jenayah ragut yang lain.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 pagi Selasa itu, mangsa berusia 51 tahun yang berada di parkir kereta tiba-tiba didatangi suspek yang menaiki motosikal dan bersenjatakan parang.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, suspek telah bertindak menarik beg tangan mangsa sehingga menyebabkan wanita itu terjatuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ragut guru taska dicekup dalam tempoh 8 jam

"Mangsa mengalami kerugian wang tunai selain dokumen peribadi.

"Insiden itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan bengkak dan lebam di lengan serta lutut sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Tambahnya, bertindak hasil maklumat, sepasukan polis telah berjaya menahan suspek kira-kira jam 4 petang di Sijangkang.

Artikel Berkaitan: