Unifi lancar Kempen Daftar dan Menang

Antara hadiah bulanan dan mingguan boleh dimenangi oleh pelanggan yang mendaftar dengan Kempen Daftar dan Menang unifi.
Antara hadiah bulanan dan mingguan boleh dimenangi oleh pelanggan yang mendaftar dengan Kempen Daftar dan Menang unifi.
A
A
A

PEMANGKIN kesalinghubungan negara, unifi melancarkan Kempen Daftar dan Menang bersama dengan tawaran pelan mudah alih dengan harga terbaik.

Ketua Segmen Pengguna unifi, Armizy Abdullah berkata, pihaknya menyambut kedatangan musim Tahun Baru Cina dengan menyediakan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi oleh pengguna unifi Mobile yang bertuah.

“Melalui kempen ini, pelanggan dapat menikmati ganjaran hebat melalui tawaran pelan data, panggilan dan mesej tanpa had dengan harga yang berpatutan.

“Pelanggan yang mendaftar secepat mungkin dapat menikmati kuota hotspot LTE berganda dari 10GB/sebulan ke 20GB/sebulan sepanjang tempoh kempen ini,” katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Armizy berkata, menerusi kempen itu, pelanggan sedia ada dapat menikmati data, panggilan dan mesej tanpa had hanya untuk RM59/sebulan bagi pelan unifi mobile.

Katanya, ahli keluarga pelanggan unifi Home Broadband juga dapat menikmati harga promosi RM59/bulan yang sama untuk pelan unifi mobile.

Menurut beliau, unifi juga menawarkan pelbagai hadiah bulanan dan mingguan menarik kepada pelanggan yang mendaftar untuk kempen itu.

“Selepas mendaftar, pelanggan berpeluang memenangi hadiah menarik seperti pin tambah nilai Touch ‘n Go eWallet atau telefon pintar terbaharu.

Artikel Berkaitan:

“Pengguna baru atau sedia ada boleh mendaftar untuk Kempen Daftar dan Menang sehingga 31 Mac depan melalui laman web unifi di http://unifi.com.my/um99promo atau di mana-mana outlet TMpoint di seluruh negara,” katanya.