Maqis rampas 197kg lobster dari Indonesia

Maqis merampas udang kara air tawar (lobster) dianggar bernilai RM3,300 di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada sabtu.
Maqis merampas udang kara air tawar (lobster) dianggar bernilai RM3,300 di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada sabtu.
A
A
A

SEPANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas udang kara air tawar (lobster) yang dianggar bernilai RM3,300 ketika membuat pemeriksaan di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada sabtu.

Pengarah Maqis Selangor, Dr Tarmisal Alimin berkata, penahanan 197 kilogram (kg) dagangan lobster tersebut dilakukan ketika pemeriksaan rutin dijalankan di kawasan pemeriksaan Maqis KLIA pada jam 4.00 petang.

Maqis merampas udang kara air tawar (lobster) dianggar bernilai RM3,300 di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada sabtu.
Maqis merampas udang kara air tawar (lobster) dianggar bernilai RM3,300 di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada sabtu.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati dagangan itu tiada sebarang dokumen yang sah seperti permit import Maqis.

"Semakan awal mendapati lobster itu diimport dari Indonesia. Pengimportan lobster tanpa Permit Import Maqis merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta 728 yang boleh didenda tidak melebihi RM100,000 ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambahnya, pihaknya sentiasa teliti melakukan pemeriksaan bagi setiap komoditi haiwan, tumbuhan serta karkas sama ada yang diimport atau dieksport bagi mengawal dan menjaga biosekuriti; kawalan penyakit serta keselamatan makanan dalam negara.

Artikel Berkaitan: