Saya belum dipanggil SPRM: Husam

No Image Caption
A
A
A

KOTA BHARU - Pengerusi PH Kelantan, Senator Datuk Husam Musa menegaskan sehingga semalam beliau masih belum dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan dakwaan pemimpin Pas menerima RM90 juta daripada sumber 1MDB.

Husam melalui perkongsian di Facebooknya menafikan dirinya telah dipanggil dan sekaligus menjawab tuduhan tidak hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya sebagaimana dilaporkan sesetengah media sejak kelmarin.

“Saya tidak pernah dipanggil SPRM hingga kini, seperti mana laporan media. Petang ini (semalam), saya sendiri telah menghubungi SPRM Putrajaya menerusi pegawainya untuk mengesahkan saya belum dipanggil.

“Namun, seperti mana saya telah sebutkan dalam perkongsian saya, sudah pasti saya akan menyampaikan maklumat dalam pengetahuan saya sebagai tugas negara saya.

“Bahkan, saya kira sebahagian dokumen berkenaan sudah pun ada dalam pengetahuan SPRM. Jangan lupa, pihak mana yang disiasat. Jangan beraya salah tempat, salah hari bulan,” kongsinya.

Beliau didakwa merujuk kepada perkongsian Naib Presiden Pas, Idris Ahmad melalui laman sosial facebooknya yang mempersoalkan tindakan individu tertentu tidak hadir memberi keterangan di SPRM kelmarin.

Husam dalam nada sinis hanya menjawab ringkas supaya pemimpin itu terus bersabar dalam hal tersebut.

“Idris Ahmad harap bersabar. Tak lari gunung dikejar, semua urusan ada masa ada ketika,” katanya.

Artikel Berkaitan: