X

Kindly register in order to view this article
!

Darurat: Khairuddin saman Muhyiddin, kerajaan Malaysia

Khairuddin
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan telah memfailkan saman pemula terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Malaysia bagi mencabar tindakan Perdana Menteri menasihati Yang di-Pertuan Agong berhubung pengisytiharan proklamasi drurat bagi mengekang penularan Covid-19.

Khairuddin selaku plaintif, memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin menerusi Tetuan Law Practice of Rafique dengan menamakan Muhyiddin serta kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama dan kedua.

Pada 12 Januari lepas, Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan bahawa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos 2021 sebagai langkah proaktif membendung wabak Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong perkenan isytihar darurat sehingga 1 Ogos

Proklamasi darurat bukan rampasan kuasa tentera

Muhyiddin pada hari sama, menjelaskan bahawa Jemaah Menteri telah menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan proklamasi darurat bagi seluruh negara mengikut Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa mulai 11 Januari hingga 1 Ogos 2021.

Antara lain, Perkara 150 (1) memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat jika baginda berpuas hati suatu darurat besar sedang berlaku menyebabkan keselamatan atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam dalam Persekutuan terancam.

Pandemik Covid-19 kini menjadi ancaman besar terhadap kehidupan ekonomi rakyat di negara ini.

Menerusi saman pemula itu, Khairuddin antara lain memohon mahkamah memutuskan empat persoalan undang-undang dan keperlembagaan bahawa pengisytiharan proklamasi darurat tersebut adalah tidak sah dan tidak berperlembagaan. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!