Jenayah terhadap Faisal Halim patut ditolak sekerasnya - Altimet

Laporan Sinar Harian mengenai Faisal Halim yang diserang oleh individu tidak dikenali sehingga badannya mengalami luka teruk selepas disembah asid. Gambar kecil: Altimet
Laporan Sinar Harian mengenai Faisal Halim yang diserang oleh individu tidak dikenali sehingga badannya mengalami luka teruk selepas disembah asid. Gambar kecil: Altimet
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Altimet, menyifatkan perbuatan jenayah terhadap pemain bola sepak negara, Faisal Halim bukan norma yang harus wujud dan patut ditolak sekeras-kerasnya.

"Saya berdukacita di atas serangan tidak bertanggungjawab simbah asid ke atas pemain bola sepak negara, Faisal Halim sehingga mengakibatkan beliau berada dalam keadaan melecur tahap empat kini.

"Selaku rakyat Malaysia, jenayah seperti ini bukan norma yang harus wujud dan patut ditolak sekeras-kerasnya," kata Altimet dalam satu kenyataannya pada Selasa.

Terdahulu, media melaporkan bintang Selangor FC dan skuad kebangsaan, Faisal Halim dikhabarkan diserang oleh individu tidak dikenali sehingga badannya mengalami luka teruk selepas disembah asid.

Faisal kemudian dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Petaling Jaya dah telah disahkan melecur tahap empat di beberapa bahagian di tubuhnya.

Dalam pada itu, Altimet turut mendoakan kesihatan Faisal dan kesembuhan pemain bola sepak negara itu dan memohon rakan-rakan untuk titipkan doa bagi kesembuhan pemain bola sepak terbabit.

"Saya juga menaruh harapan dan kepercayaan tinggi kepada pihak berkuasa untuk mencari dan mengambil tindakan berasaskan undang-undang yang ada ke atas penjenayah yang saya anggap pengkhianat negara ini," ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!