Peguam syarikat jadi dalang, bayar RM150 ribu pada gengster

Muhyiddin Yassin - Foto Bernama
Muhyiddin Yassin - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan dalang disebalik rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 pada 26 November lalu adalah didakwa dilakukan oleh pihak peguam pemaju, One City Development Sdn Bhd.

Beliau berkata, siasatan polis mendapati peguam syarikat pemaju telah mengupah sekumpulan lelaki Melayu untuk menceroboh, mengambil alih dan mengawal kuil.

Katanya, peguam syarikat pemaju itu juga menyerahkan RM150,000 telah diserahkan kepada ketua kumpulan itu untuk tugas berkenaan.

“Seramai lebih kurang 50 orang telah diupah untuk melakukan kerja ini di mana setiap seorang daripada mereka menerima bayaran antara RM150 dan RM300.

“Kumpulan ini mendapat duit daripada peguam syarikat,” katanya pada sidang media di Kementerian Dalam Negeri, hari ini.

Artikel Berkaitan:


[ARTIKEL BERKAITAN: Maklumat terbaru kenalpasti individu cederakan bomba]

AKAN MENYUSUL