Veteran Indonesia watak Mak Lampir meninggal dunia akibat Covid-19

AKTRES veteran terkenal Indonesia yang popular menerusi watak Mak Lampir, Farida Pasha dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu akibat jangkitan wabak Covid-19.
Lapor CNN Indonesia, berita sedih tersebut telah dikongsikan oleh cucunya, Ify Alyssa mengenai kematian neneknya itu akibat wabak maut tersebut pada Ahad menerusi Instagram.
“Assalamualaikum. Telah kembali ke Rahmatullah ibunda atau nenek kami, Hajjah Farida Pasha binti Ali Husen pada 16 Januari 2021 pada jam 7.35 malam (waktu tempatan),” katanya.
Ify turut memohon semua pihak untuk memaafkan neneknya jika pelakon hebat tersebut pernah melakukan kesilapan selain menzahirkan ribuan terima kasih atas doa mereka.
"Terima kasih atas segala bentuk perhatian, dukungan, dan doa yang telah disampaikan selama beliau (nenek) sakit hingga saat terakhirnya," ujarnya lagi.
Sementara itu, pengurusan jenazah dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh kementerian kesihatan dan lokasi pengebumian telah dirahsiakan oleh ahli keluarga.
Terdahulu, Farida dilahirkan di Tasikmalaya, Jawa Barat, Indonesia pada 21 Ogos 1952. Aktres itu terkenal kerana sering membintangi filem bergenre seram dan sangat sinonim dengan watak seorang nenek kebayan bernama Mak Lampir menerusi sinetron bersiri, Misteri Gunung Merapi yang ditayangkan selama tujuh tahun.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
Makkah lancar platform digital urus program iftar Ramadan
24 Januari 2026 07:14pmLoji janakuasa Gaza dijangka sambung operasi selepas lebih dua tahun ditutup
24 Januari 2026 06:15pmKanak-kanak Australia mangsa serangan jerung meninggal dunia di hospital
24 Januari 2026 05:55pmCuba bakar gelandangan demi kejar tontonan tinggi
24 Januari 2026 05:48pmOperator menara kren maut ketika bertugas setinggi 45 meter
23 Januari 2026 08:22pmBapa hempuk kepala anak 5 kali dengan tong gas hingga maut
24 Januari 2026 07:45amSuami isteri ditemui rentung, terperangkap dalam bilik tidur
24 Januari 2026 11:04amTampan, berjasa tapi dituduh korup
24 Januari 2026 08:45am
